October 5, 2022

Mampus

Terpasah lamunan.
Pikun terhadap hakikat dan khayal.
Tanya tak pernah mangkal walau sececah.
Kutipan itu bak sel penjara manusia goblok.

Merintih hampa.
Ventilasi itu memberi jalan secolek cahaya.
Mengusik bayang-bayang kehampaan.

Cuma satu yang terkira.
Setelah berlama-lama mengekalkan kedagalan.
Aku ingin mati dengan berani dan menertawakan kematian.